MALAYSIA, anda punya tempat istimewa di hati saya, kata pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle, Dwayne 'The Rock' Johnson menerusi satu video yang dimuat naik di laman instagram miliknya.
Dalam video tersebut, The Rock terharu apabila Jumanji berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di sini sedangkan ia baru memasuki minggu kedua tayangan.
"Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga terlaris, mungkin nanti boleh jadi filem terlaris, siapa tahu?
"Saya dan Malaysia sudah 'kenal' lama sejak zaman gusti dahulu, ada beberapa pertarungan yang tidak dapat dilupakan di sini (Kuala Lumpur), selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua," katanya.
Antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti itu adalah Mexico, Perancis, Indonesia beberapa negara lain.
Setakat 22 Disember lalu, Jumanji mencatatkan kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan pada 14 Disember.
Eksekutif Pemasaran Senior Sony Pictures Entertainment Malaysia, Tan Phui Mun, tidak mustahil untuk filem itu mengutip sehingga RM30 juta sekaligus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.
Sumber: Sinar Harian