Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan PM


Terengganu – Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Datuk Akmar Hisham Mokhles menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada mangsa kebakaran Ahmad Fakhrurazi Shafie yang meninggal dunia akibat kebakaran dua minggu lalu, lapor TerengganuNews.

Menurut Akmar, Perdana Menteri melahirkan rasa sedihnya di atas pemergian allahyarham yang banyak menyertai program kerajaan pada sebelum ini.

‘Arwah Fakrurazi sebelum ini banyak terlibat dalam program media sosial yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan rakan-rakan’.


‘Kita hadir untuk menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang berlaku dan pada masa yang sama menyampaikan salam takziah Perdana Menteri kepada isteri dan keluarga allahyarham dan mendoakan keluarga ini supaya terus tabah dan dapat teruskan kehidupan mereka’.

‘Walaupun allahyarham sudah tidak ada namun kita berharap semangat yang ditunjukkannya dapat membantu kerajaan dan parti akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan yang lain terutamanya di Terengganu’ kataya selepas menziarahi keluarga allahyarham Fakrurazi di Kampung Kuala Ibai petang Selesa lalu.

Hadir sama Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Datuk Muda Mamat dan Pegawai Penyelaras DUN Batu Buruk Zamri Awang Hitam.

Sementara itu isteri kepada allahyarham Ahmad Fakhrurazi Shafie, Tengku Mastura Tengku Ahmad melahirkan perasaan terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Akmar yang datang menghulurkan sumbangan serta salam takziah Perdana Menteri.


Dalam kejadian 11 Januari lepas, mangsa maut akibat menghidu asap tebal selepas menyelamatkan anaknya dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak termasuk seorang yang dalam kandungan.

Sumber: Suara TV