Masih Boleh Swafoto Di Masjid Makkah, Tapi Jangan ‘Over’ Pulak!


RIYADH – Pentadbir utama bagi hal ehwal urusan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah menggesa jemaah untuk tidak berswafoto keterlaluan semasa berada di masjid tersebut.

Ia dilaporkan akhbar berpengaruh Arab News memetik saranan Penolong Timbalan Perkhidmatan Masjidil Haram, Mashhour Al-Mun’emi yang meminta jemaah untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibadah mereka.

Bagaimanapun bagi yang masih lagi memang berminat untuk merakamkan gambar pula boleh memohon permit secara sah sebagaimana dikenakan ke atas pihak produksi untuk penggambaran drama atau dokumentari TV.

Peringatan tersebut turut menjawab kekeliruan jemaah ekoran kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Arab Saudi bertarkh 12 November lalu menerusi nota diplomatik kepada semua kedutaan asing di sini pada akhir tahun lepas.

Dalam pada itu, profesor syariah Islam, Atiah Al-Youssefi menyatakan bahawa matlamat pengharaman rakam foto adalah untuk tidak buang masa jemaah mencari sudut pandangan yang paling baik untuk gambar mahupun video.

Selama ini ujarnya, perbuataan terbabit dikesan boleh ganggu fokus jemaah lain dalam ibadah mereka terutama pada waktu puncak apatah lagi dengan penggunaan galah peranti gajet dan kilauan cahaya dari telefon pintar.

Ini lebih-lebih lagi apabila kerja penambahbaikan sekitar telaga Zamzam sedang berjalan dan Atiah menegur sikap individu itu tiba-tiba berhenti pada permulaan tawaf yang boleh mengelirukan dan halang pergerakan jemaah lain.

Akram Jan, seorang pengurus kesesakan orang ramai di masjid itu pula mengatakan pergerakan terjejas ekoran pengambilan gambar kerana ada sengaja berhenti untuk swafoto imej diri dengan telefon selular dari pelbagai arah.

Beliau yang berpengalaman luas mendedahkan bahawa dinamika pergerakan amat penting bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Jemaah yang terjatuh boleh menyebabkan rempuhan berbahaya pada aspek keselamatan.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi sudah pun mengedarkan nasikat kepada semua pejabat ibadah itu bagi tingkat kesedaran mengenai kepentingan mematuhi arahan diharamkan pengambilan gambar diri di kedua-dua masjid.

Namun media tempatan melaporkan, jemaah boleh lagi swafoto jika berada di kawasan tertentu yang kurang sesak khususnya di luar waktu puncak selagi aksi mereka itu tidak pula keterlaluan. - Kedahnews.com