Muslimat PAS Dakwa Salah Guna Kuasa, Kronisme Bermula Di Zaman Mahathir


Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Mohd Salleh mendakwa  penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kronisme adalah isu besar yang bermula di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir juga menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh, katanya.
.
Menurut beliau ISA digunakan pemimpin negara ketika itu hanya atas dasar syak wasangka apabila seseorang itu dilihat menjadi ancaman kepada kedudukan politiknya.

Beliau bagaimanapun hairan kerana Pakatan Harapan pula mencadangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri sementara.

“Ini ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya,” katanya ketika yang dipetik daripada Harakahdaily semalam.

Mursyidul AM PAS, Ustaz Hashim Jasin pula berkata, bekas perdana menteri terbabit sudah kehabisan modal politik untuk menyerang PAS dan kini mengungkit kembali semua isu lama.

Baru-baru ini Dr. Mahathir menuduhkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai punca berlaku tragedi Memali pada 1985.

Dr. Mahathir juga menyifatkan Hadi pengkhianat kerana meletakkan PAS bertanding di 130  kerusi Parlimen dan akan memecahkan undi pembangkang yang sekaligus membantu BN menang pada PRU14. - Kedahnews.com