PAS Ibaratkan Mahfuz 'Sudah Lama Mati Tapi Baru Nak Kebumi'


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengibaratkan  Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar 'sudah lama mati, tetapi baharu sahaja hendak ditanam (kebumi). 

Inilah reaksi pertama Presiden PAS selepas Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS
mengumumkan keluar parti di ambang tahun baharu Ahad lalu.

 "Dia sudah lama keluar (PAS). Ibarat orang sudah mati lama, tetapi baru nak tanam," kata Hadi  pada pemberita selepas pelancaran markas besar PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di  Pengkalan Berangan, Marang Terengganu semalam.

Pada Ahad lalu, Mahfuz yang menang atas tiket PAS selama tiga penggal sebagai ahli  Parlimen Pokok Sena bagi bangga mengumumkan untuk meninggalkan parti PAS yang disertainya sejak 1984. 

Mahfuz yang pernah menjawat Ketua Pemuda PAS pusat dan Pesuruhjaya PAS Kedah bagaimanapun belum menyertai mana-mana parti baharu walaupun ada tawaran daripada DAP,PKR, PAN dan PPBM.

Kata Mahfuz dia tidak sedih tinggalkan PAS tetapi lebih sedih dengan parti itu sekarang kerana enggan bersama Pakatan dan tidak serius mahu jatuhkan BN pada PRU14.   

Dalam perkembangan yang sama, bekas pemimpin PAS dan wartawan veteran, Subki Latif  yang menulis dalam Harakahdaily hari ini menyebut  Mahfuz Omar adalah pembesar PAS yang terakhir meninggal PAS sebelum meninggal dunia dalam kejadian pecah PAS tahun 2015 (mutamar PAS). 

Lebih 30 tahun Mahfuz menentang Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dia berada dalam PAS. Akhirnya Mahfuz jadikan Mahathir pemimpinnya.

Itulah hebatnya Mahathir dibandingkan dengan Haji Hadi (Presiden PAS). Penentang Mahathir jadi penyokong Mahathir, penyokong Haji Hadi jadi penentang Tok Guru, kata Subky.

Menurut Subky, sikap Mahfuz terhadap PAS seolah-olah lebih kritis daripada Rafizi Ramli ( Naib Presiden PKR), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Dr. Mahathir (Pengerusi PH/PPBM). - Kedahnews.com.