Tanpa berselindung lagi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui pihaknya mudah berurusan dan bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jika dibandingkan ketika era kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kepemimpinan kerajaan sekarang menunjukkan kesanggupan untuk bersama menegakkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan parti PAS sejak sekian lama.
Berapa pemimpin kanan PAS termasuk Ketua Dewan Ulama dan Mursyidul Am parti itu juga memberikan pandangan yang sama.
Abdul Hadi memberi contoh, sewaktu di bawah pemerintahan Dr. Mahathir, bekas perdana menteri itu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini.
“Kita kena sedar, kalau dulu semasa zaman Dr. Mahathir, dia tak benarkan kita laksanakan hukum Islam. Namun sejak dia berhenti, dan sekarang PM baharu (Najib), kita ambil pendekatan bertemu secara berdepan dan setuju kita laksanakàn hukum Islam.
Menteri baharu ini ( Najib) boleh berbincang dan sekarang banyak kalangan UMNO mulai sedar dan berfikir untuk tegakkan Islam yang PAS ingin laksanakan hukum Islam,” kata Ahli Parlimen Marang itu ketika berucap melancarkan Markas Besar PRU-14 Pengkalan Berangan, Terengganu semalam.
"Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam," kata Abdul Hadi
Berbanding dengan kepemimpinan Najib, katanya, hasil politik matang dan sejahtera, PAS dan UMNO mampu bertemu dan bersetuju untuk membolehkan pelaksanaan beberapa hukum Islam.
"Perdana Menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam," katanya.
Hubungan PAS -UMNO yang lebih baik walaupun berbeza pandangan politik turut tidak disenangi DAP yang mahu melihat kedua parti itu terus bersengketa supaya orang Islam berbecah. -
Kedahnews. com