PAS Ramal PPBM Kalah Teruk Walaupun Tanding Banyak Kerusi


PAS tidak yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh memenangi semua 52 kerusi parlimen yang ditandinginya pada piliharaya umum akan datang, sebaliknya akan mengalami kekalahan teruk
.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia adalah  di luar kemampuan PPBM dan kemungkinan parti pimpinan Dr. Mahathir Mohamad itu akan kalah teruk.

"Akhirnya DAP juga yang akan dominan dalam pakatan kerana mereka mempunyai pengundi tersendiri selain memiliki kerusi tradisi (potensi menang)," kata Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau menyifatkan keputusan terbaru pembahagian kerusi Parlimen antara parti komponen Pakatan Harapan hanya memberi kelebihan dan keuntungan kepada DAP.

Walaupun di atas kertas menyaksikan PPBM mendapat  jumlah kerusi terbanyak namun hakikatnya DAP yang akan untung, katanya lagi.

Menurut beliau  pembahagian kerusi tersebut mungkin strategi untuk meraih sokongan daripada pengundi  Melayu dan seolah-olah menunjukkan bahawa DAP tidak dominan dalam Pakatan

Pakatan Harapan ada Ahad lalu mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu PPBM (52) , Parti Keadilan Rakyat (PKR) (51) DAP (35) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (Dr. Mahahir) meramalkan  PAS akan kalah teruk dan hanya membantu kemenangan BN jika bertanding di banyak kawasan secara bersendirian.

Cara pengagihan kerusi oleh Pakatan Harapan itu juga ditentang oleh pemimpin PAN kerana parti serpihan PAS itu  diberi jumlah kerusi paling sedikit untuk menghadapi  PRU14.- Kedahnews.som