KUALA LUMPUR – Seorang pengguna akaun laman Twitter yang mengeluarkan kenyataan berbau ugutan ditegur Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengaku kononnya bekerja sebagai staf di bank pusat tersebut.
Individu tersebut yang dikenali sebagai @zulaihaanuar_ mengancam seorang pengguna lain bernama @meinmokhtar untuk menyekat identifikasinya pada masa akan datang jika dia tidak menghormatinya, yang kononnya bekerja di BNM.
Bagaimanapun, BNM dalam satu kenyataan di Twitter menafikan wanita tersebut merupakan staf mereka dan menegurnya supaya tidak menyamar serta berkelakuan sedemikian.
BNM_official menulis: “Hi Siti. Tolong berhenti memutarbelitkan BNM. Tolong berhenti menyamar sebagai kakitangan BNM. Kakitangan BNM tidak berkelakuan seperti yang anda buat. Kami terikat dengan Kod Tatalaku. Sila maklum.”
Dalam pada itu, seorang pengguna akaun Twitter, Hamdan Nazri menulis mengatakan Zulaiha mendapat tawaran bekerja di BNM pada 18 Januari lalu dan masih belum melaporkan diri bekerja dengan bank tersebut ketika ini.
Semakan di akaun Zulaiha mendapati akaunnya hanya membenarkan rakan-rakan yang diluluskan sahaja dapat membalas komen dalam ruang akaunnya.
Sumber – MalaysiaGazette