Pengorbanan Parti Amanah Negara (PAN) rupanya tidak dihargai oleh Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dan DAP.
PPBM, parti setahun jagung yang menghadapi masalah dalaman parti lebih bertuah daripada PAN walaupun parti pimpinan Mohamad Sabu itu mempunyai cawangan dan bahagian serta menjalankan mesyuarat dengan sempurna walaupun ia parti baharu.
Sokongan PAN terhadap DAP dan PPBM juga tidak berbelah-bahagi setelah meninggalkan PAS.
PPBM, parti setahun jagung yang menghadapi masalah dalaman parti lebih bertuah daripada PAN walaupun parti pimpinan Mohamad Sabu itu mempunyai cawangan dan bahagian serta menjalankan mesyuarat dengan sempurna walaupun ia parti baharu.
Sokongan PAN terhadap DAP dan PPBM juga tidak berbelah-bahagi setelah meninggalkan PAS.
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya 'permainan' DAP pimpinan Lim Kit Siang atau pun 'sihir' PPBM yang diterajui oleh Dr. Mahathir.
Beberapa bahagian PAN juga semalam sudah menunjukkan protes awal mereka berhubung pengagihan kerusi yang paling sedikit kepada parti itu yang berkorban 'memecahkan PAS' pada tahun 2015.
Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian 165 kerusi Parlimen di Semenanjung yang menyaksikan PPBM menerima kerusi terbanyak iaitu 52 kerusi, diikuti PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).
Selain itu kepimpinan Pakatan Harapan itu perlu menjawab tentangan beberapa pemimpin bahagian dan pusat PKR berhubung pelantikan Dr. Mahathir selaku calon Perdana Menteri.
Bagi Dr. Mahathir, beliau akan menjawab dengan mudah dan selamat, " semua parti akan tidak puas hati' seperti mana juga beliau berkata demikian semasa menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Mengenai PAN yang mendapat kerusi paling sedikit, Dr Mahathir hanya berkata "ada sebab mengapa kerusi diagihkan kepada parti itu sedikit dan meminta wartawan bertanya kepada kepemimpinan parti berkenaan."
Dr Mahathir juga enggan menjawab soalan tentang pengorbanan yang dibuat oleh PAN dalam penentuan kerusi Parlimen di Semenanjung, sebaliknya berkata ia adalah 'hal dalaman'.
Selepas wakil PAN memboikot Konvensyen Pakatan Harapan sebagai tanda tidak puas hati dengan pembahagian kerusi, PKR Selangor pula tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
PKR Selangor melahirkan rasa kecewa dengan keputusan pimpinan PH yang mencalonkan Dr Mahathir mempersoalkan mengapa jawatan penting itu tidak diberikan kepada pemimpin dalam PKR itu.
“Dengan saki-baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, Keadilan (PKR) Negeri Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
“Sedang kami menghormati keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, izinkan juga kami menyatakan pendirian yang berbeza. Biarlah ia terakam dalam lipatan sejarah suatu hari nanti,” kata Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui beliau sedih dan kecewa dengan pencalonan Dr. Mahathir sebagai perdana menteri jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14.
Beliau sebelum itu berkata Dr. Mahathir sesuai diberikan jawatan Menteri Kanan dalam kerajaan pakatan dan bukan jawatan tertinggi kerajaan.
Sementara itu kaji selidik terbaharu NGO pro pembangkang Merdeka Center menemui rancangan Dr Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menemui kegagalan.
Pengarahnya, Ibrahim Suffian berkata, kaji selidik yang dijalankan pada bulan lalu mendapati walaupun undi popular Barisan Nasional (BN) mungkin akan jatuh tetapi perpecahan di dalam Pakatan Harapan ketika ini menjadi punca kepada kegagalan pembangkang dalam pilihan raya nanti.
“BN hanya kurang 13 kerusi untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN berada pada kedudukan terbaik untuk mengembalikan dua pertiganya, katanya lagi. - Kedahnews.com