Peniaga Tak Mahu Jual Rokok Kepada Remaja Dibunuh


LONDON - BRITAIN. Seorang peniaga diserang sekumpulan remaja yang berang tidak dibenarkan membeli rokok di kedai mangsa, Sabtu lalu.

Dailymail mengatakan Vijay Patel, 49, diserang selepas menutup kedai dan cedera parah di bahagian kepala.

Mangsa yang dikenali sebagai seorang yang periang dan baik hati oleh peniaga tempatan meninggal dunia keesokan harinya.

Dalam rakaman CCTV, mangsa dilihat membantu seorang peniaga lain menutup kedai dan sedang berbual sebelum dipukul curi di bahagian kepala oleh seorang suspek.

Setakat ini, seorang remaja berusia 16 tahun berjaya ditahan polis untuk siasatan manakala dua lagi suspek masih bebas.

Sumber: Sinar Harian