Perhimpunan Agung PPBM Bemula Songsang, Tiada Aura Kemenangan?


Perhimpunan Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, Sabtu lalu kelihatan bermula dengan langkah songsang.

Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata yang mengulas perkara itu menerusi tulisan  beliau dalam Facebook semalam berkata ini kerana agenda pertamanya, iaitu pemilihan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap perhimpunan itu menyaksikan seorang yang telah ditolak dipilih sebagai pengerusi tetap.

Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang dipilih sebagai pengerusi tetap ini, bertanding di atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan di kerusi DUN Sungai Dua di dalam PRU 13, kata Kamarulzaman yang juga penganalisis politik.

Di kerusi Parlimen Tasek Gelugor, beliau hilang deposit bila hanya mampu memperolehi 1,590 undi berbanding 21,351 undi dan 24,393 undi yang diperolehi calon PAS dan calon BN.

Di kerusi DUN Sungai Dua, beliau juga hilang deposit bila hanya mampu memperolehi 344 undi berbanding 7,594 undi dan 7,951 undi yang diperolehi calon PAS dan calon BN.

Bukan setakat ditolak oleh pengundi di kerusi Tasek Gelugor dan pengundi di kerusi DUN  Sungai Dua sahaja, beliau juga ditolak oleh bekas parti-parti lamanya, UMNO dan PKR.

Setelah dipecat dari UMNO kerana menyertai PRU 13 di atas tiket Bebas, beliau mengumumkan menyertai PKR pada 14 Mac 2014, di dalam kehangatan PRK Kajang.

Tidak diberikan peranan oleh PKR, beliau menyertai PPBM tahun lalu, mulanya sebagai penyelaras dan kemudiannya sebagai Timbalan Pengerusi PPBM Pulau Pinang.

Bagaimanakah agaknya Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM ini boleh memancarkan aura kemenangan bila pengendalinya adalah orang yang telah ditolak? tanya Kamarulzaman. - Kedahnews.com.