Pokka Minuman Dari Jepun Tanpa Bahan Pengawet


Minuman jenama Pokka terkenal dengan produk sedia diminum dan sinonim dengan minuman teh serta buah-buahan sihat.

Semakin digemari masyarakat di negara ini, Pokka merupakan produk minuman dari Jepun yang ditubuhkan pada 1977 menerusi syarikat Pokka Corporation yang berpusat di negara Matahari Terbit itu.

Berpengalaman lebih 35 tahun dalam industri minuman dan lebih 20 tahun dalam pengurusan restoran dan makanan, Pokka muncul sebagai syarikat terulung di Singapura dan rantau Asia Pasifik.

Kehebatan Pokka terletak pada proses pembuatan minuman yang mana ia tidak mengandungi sebarang pewarna dan pengawet. Minuman teh misalnya, produknya dipanggang khas dari biji kopi premium, menggunakan 100 peratus daun teh. Begitu juga bagi produk jus, ianya dibuat dari bahan jus sebenar.

Pokka menembusi pasaran Malaysia pada 1995 dan menawarkan pelbagai jenis produk minuman termasuk teh, kopi dan produk jus buah.

Pokka memilih Malaysia untuk membina kilang pertamanya di Shah Alam, Selangor pada 1990 yang mengeluarkan produk Pokka dalam tin dan kotak.

Pemilihan Malaysia adalah tepat kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura. Setelah menapak lebih 20 tahun, Pokka melaburkan jutaan ringgit untuk membina kilang keduanya yang terletak di Senai, Johor.

Kilang tersebut memfokuskan kepada pengeluaran produk Pokka dalam plastik dan botol. Pengeluaran Pokka di Malaysia mampu menampung permintaan domestik dan antarabangsa iaitu Pokka dieksport ke lebih 50 negara meliputi Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Pokka mempunyai lebih 40 pelbagai perasa minuman di pasaran berjaya luaskan pasaran minuman tersebut ke 50 negara menembusi Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Ia meliputi minuman berasaskan teh, kopi, jus, karbonat dan minuman pelbagai fungsi yang sesuai diminum pelbagai peringkat umur. Antara jenama produk yang popular adalah Pokka Jasmine Green Tea, Pokka Ice Lemon Tea, Pokka Green Tea, Pokka Milk Coffee dan sebagainya. 

Sumber: Sinar Online