RAKYAT Kelantan diminta menolak parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang pada Pililhan Raya Umum akan datang.
Kelantan sekali lagi akan dianaktirikan jika Dr Mahathir dipilih semula menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Perkara ini pernah dilakukan ketika 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir sebelum ini.
Sementara Kit Siang yang menjadi ketua Parlimen DAP pula akan terus menolak undang-undang yang berkaitan Islam.
Pandangan itu disuarakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi apabila hak yang sepatutnya diperoleh Kelantan dinafikan bekas Perdana Menteri itu, menyebabkan negeri ini mundur.
"Kita dinafikan hak royalti, pelabuhan di Tok Bali, lapangan terbang antarabangsa dan Lebuhraya Pantai Timur pada zaman Dr Mahathir.
"Malah, rakyat masih ingat mengenai surat amaran yang dihantar Dr Mahathir kepada Menteri Besar (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pada 1993 bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan jika Kelantan teruskan hasrat melaksanakan hudud.
"Ini menunjukkan Dr Mahathir terus anaktirikan Kelantan, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali pun," katanya yang dipetik daripada BH semalam.
Kelantan sebaliknyya terus mendapat manfaat melalui Bajet 2018 yang membuktikan kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jaminan itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamad menerusi Bajet 2018, Kelantan bakal menikmati pelbagai manfaat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan termasuk kemudahan infrastruktur.
Kelantan mendapat peruntukan khusus bagi pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, projek tebatan banjir, Lebuh Raya Central Spine Road dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang serta projek jalan kampung di seluruh negeri ini.
Sementara Kerajaan PASnegeri Kelantan sekarang pula menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri kini lebih baik daripada Dr. Mahathir dalam konteks pembangunan negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ketika zaman Dr. Mahathir, Kelantan dianaktirikan, pembangunan disekat bagi memberi tekanan kerajaan negeri.
Nik Amar yang juga Naib Presiden PAS menjelaskan, kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pusat pada masa ini amat baik sehingga membawa perubahan yang amat positif untuk rakyat.
“Jika kita guna bahasa kasar kita ‘dianaktirikan’ pada waktu itu (zaman Dr. Mahathir) tetapi Alhamdulilah, era Perdana Menteri sekarang ini hubungan antara negeri dengan pusat bertambah baik, " kata Nik Amar sebelum ini. - kedahnews.com