“SAYA memang tidak boleh dipisahkan daripada aksi gedik, itulah diri saya yang sebenar, I am me, saya tidak boleh nak berpura-pura.
Demikian pengakuan jujur pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Jutawan kosmetik itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu manipulasi individu tertentu di media sosial mencetuskan kontroversi semata-mata untuk meraih perhatian netizen.
“Video saya kebanyakannya tak ada lah dikritik netizen sangat pun, kecuali aksi gedik saya. Tapi gedik dan saya tidak boleh dipisahkan, itulah saya, it’s me, I am me. Saya bukan acah-acah gedik untuk lariskan produk, dah saya memang macam tu,” katanya kepada Sinar Harian.
Penyanyi I Am Me itu, bagaimanapun mahu warga netizen yang mengkritik dirinya kerana didakwa menunjuk-nunjuk di laman sosial supaya melihatnya dari segi positif.
“Mereka banyak cakap fasal saya selalu ‘show off’ pamer kemewahan apa semua di Instagram dan Facebook. Tapi pada saya mereka (netizen) perlu melihatnya daripada sudut pandang yang positif, jangan ambil daripada sudut negatiflah.
“Apa yang nak dipamerkan ialah saya sebagai ikon dan menjadi inspirasi kepada yang lain. Apa saya nak tunjuk tu ada motif, ada sebab, tak adalah buat itu nak riak, buat apa? yang penting pada saya ialah orientasi jualan saja. sale..sale,” akuinya lagi.
Menurut Vida, teknik pemasaran menerusi muat naik video di media sosial lebih dekat dengan dengan audiens yang juga pengikutnya.
“Posting video di media sosial tidak nampak sangat kepada menjual kerana ia lebih kepada paparan gaya hidup, sememangnya pelanggan lebih gemar menonton gaya hidup sosial seseorang.
“Video ini lebih dekat dengan audiens berbanding video secara konvensional. Video-video di laman sosial boleh dimuat naik pada bila-bila masa berbanding kaedah konvensional yang kena tunggu jadual siaran, sedangkan video yang saya biasa bikin lebih mudah, ringkas dan mesra penonton,” ujarnya.
Dalam pada itu, Vida turut mempersoalkan sama ada elemen sensasi yang di selit dalam muat naik video akan menjadi viral atau ‘backfire’ semula kepada seseorang itu jika tidak kena caranya.
“Saya tahu elemen sensasi itu perlu untuk dapatkan perhatian dan viral tapi kalau saya cara cara ia akan menjadi punca netizen menghentam kita semula.
“Ya lah isu peribadi tu tak ada lah nak dikaitkan dengan teknik jualan kerana kalau silap langkah mereka akan menjadi jauh dan mengutuk kita jadi tidak ia bagus untuk perniagaan.
“Pada pendapat saya tak ada lah kita nak sensasikan semua perkara dan isu, kena pandai bawa diri lah,” katanya.
Sumber: Sinar Online