“Saya Memang Tak Putih Macam Orang Putih” – Sarah


PENYANYI, Siti Sarah secara tiba-tiba jadi bualan hangat selepas sekeping gambar dia bersama suami dan ibu mertua di hadapan sebuah kereta berwarna putih menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan, gambar tersebut dimuat naik oleh Shuib dan kereta putih itu pula adalah hadiah pemberian pelawak itu buat ibunya sempena hari lahir.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen akan perkongsian berkenaan adalah warna kulit Sarah yang didakwa sedikit gelap berbanding dengan gambar yang dimuat naik sebelum ini.


Rata-rata netizen mendakwa bahawa kulit pemilik nama sebenar, Siti Sarah Raisuddin ini sebenarnya tidaklah seputih mana. Sebaliknya beranggapan pelakon ini membuat suntingan untuk kelihatan cerah.

Susulan perkara itu, Sarah dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya menyuarakan kekecewaan terhadap hinaan dan tohmahan negatif tersebut menerusi satu kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Sarah juga dilihat berkongsi sekeping gambar yang memaparkan perbezaan kulitnya yang dahulu dilihat agak gelap berbanding kini.


Dalam pada itu, Sarah juga tidak menyangkal bahawa dia sememangnya sering mengambil gambar di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik dan terang.

Sementara itu, menerusi kenyataan berkenaan juga secara tidak langsung Sarah telah mendedahkan bahawa Shuib sebenarnya mengalami masalah buta warna dan ada masanya dia dikatakan tidak tahu warna apa yang dilihatnya.

“Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul-betul tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu Shuib ini menjadi perhatian ramai.

“Ramai kutuk Sarah, katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar. Ya saya mengaku selalu ambil gambar di tempat bercahaya terang, mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya.

“Itu yang nampak burn. Secara jujurnya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya. Tapi mungkin ramai yang tak tahu Shuib BUTA WARNA. Dia tak tau pun WARNA apa yang dia post di Instagram dia.

“Banyak warna yang dia tak nampak… Padahal kami pakai handphone jenama yang sama. Lagi pun mak Shuib tu putih melepak tu pun nampak macam sunburn.

“Secara jujurnya saya memang tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak dibandingkan dengan saya yang dulu memang saya lebih cerah sekarang.

“Sebab saya memang ambil produk. Saya pakai LOTION, SABUN dan PIL untuk kulit lebih cerah. Mungkin ramai yang marah sebab saya tak share saya makan dan pakai produk apa.

“Di sini saya ada contoh gambar dulu yang berhadapan dengan lighting terang sampai nampak refleksi cahaya di pipi sebab cahaya lampu. Dan gambar baru.. Tetap gambar lama nampak lebih gelap,” tulis pelantun lagu Kesetiaan itu.

Alahai… Kulit orang pun nak dijadikan point ke? Dah-dah le tu mak cik bawang, hentikan kecaman, dah tahun 2018 ni…  - Kedahnews.com