GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu 2 di sini kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuat ‘pameran percuma’ menggantung pakaian dalam di tengah jalan, pagi semalam.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 40, berkata, mereka amat marah dan malu dengan kejadian tersebut.
“Saya menyedari kejadian ini kira-kira pukul 7 pagi ketika mahu menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Muhammad Fakhry Petra, saya tengok pakaian dalam digantung pada ketinggian wayat elektrik merentasi jalan di kampung ini.
“Saya bertanya beberapa penduduk lain tetapi tiada siapa tahu pakaian dalam ini milik siapa dan bagaimana tergantung di situ, kejadian ini amat memalukan kami,” katanya lapor Utusan.
Mat berkata, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di kampung tersebut dan sehingga kini tidak dapat mengesan individu yang melakukan perkara itu.
“Mungkin perkara ini dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental atau penagih dadah.
“Selepas ini kami perlu berhati-hati kerana bimbang pakaian dalam dicuri dan dipertontonkan kepada umum,” katanya.
Sumber: Suara TV