Siapa Sahaja Boleh Jadi Perdana Menteri - Ahmad Zahid


Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sesiapa saja yang layak boleh dilantik sebagai perdana menteri, termasuk wanita.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mana-mana pemimpin parti politik yang mendapat sokongan majoriti, layak untuk jawatan utama itu.

"Siapa saja boleh. Dalam Perlembagaan Malaysia kata siapa saja boleh. Siapa saja ketua parti yang memperolehi sokongan majoriti akan jadi.

"Tentunya saya tidak berada dalam satu keadaan untuk menterjemahkan isu gender, tetapi kita harus yakin bahawa apa yang dilakukan kerajaan sekarang lebih baik daripada janji yang dilontarkan.

"Termasuk berhajat untuk mengecat langit dan dalam keadaan ini, kita jangan hanya melihat bintang di langit, tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi," katanya memetik laporan akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa pakatan itu bersedia meletakkan wanita sebagai calon untuk jawatan perdana menteri.

Semalam, Dr Wan Azizah ketika berucap pada Konvensyen Wanita Pakatan Harapan berkata, pembangkang bersedia untuk meletakkan calon wanita untuk jawatan utama itu.

Beliau yang juga Presiden PKR dilaporkan berkata, pakatan pembangkang masih belum memuktamadkan calon mereka untuk jawatan perdana menteri, namun mereka mempunyai ramai calon yang layak.

Wan Azizah antara yang disebut calon Timbalan Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan wanita dipilih walaupun  Dr. Mathatihr dikatakan calon utama kerana pengalamannya 22 tahun menerajui negara.

PPBM pada memsyuarat agung tahun yang pertama 30 Disember lalu mencadangkan Dr. Mahathir untuk jawatan itu.

Bagaimanapun pemimpin dalam PKR dalam satu kenyataan tidak bersetuju cadangan itu, malah ada yang mengesyokan  Menteri Besar Selangor Datuk Serti Mohamed Azmin Ali untuk menyandang jawatan berkenaan.

Keputusan  siapa Perdana Menteri yang paling layak jadi Perdana Menteri bagi pembangkang dijangka dibincangkan pada Konvensyen Pakatan Harapan hari ini. - Kedahnews.com