MADINAH - Imam Masjid Nabawi, Sheikh Abdullah Abdulrahman Al-Baijan mengimamkan solat Zohor hari ini dalam Mihrab Nabi Muhammad di Al-Rawda Al-Sharifa selepas 25 tahun solat dilakukan dalam mihrab baharu masjid berkenaan.
Keputusan itu yang dibuat pada bulan lalu adalah untuk membolehkan jemaah masjid mengunjungi makam Nabi Muhammad dan dua sahabatnya, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar selepas mereka selesai mengerjakan solat.
Ekoran keputusan itu, semua solat harian dan solat Jumaat akan terus dilakukan di mihrab tersebut, lapor portal Arab News.-Agensi