SONY cukup tersohor dalam penghasilan pelbagai aksesori untuk peminat PlayStation.
Kini, jenama itu memperkenalkan sebuah kasut edisi khas hasil kerjasama dengan Nike, yang dinamakan PG-2 PlayStation Colorway.
Kasut tersebut direka khas dengan pelbagai imej dan lambang-lambang ikonik PlayStation seperti pada lidah kasut tersebut, terdapat logo PG dan PlayStation yang akan menyala seakan konsol PlayStation dihidupkan.
Dengan menggunakan rekaan warna seakan alat kawalan DualShock, ia sememangnya direka khas untuk peminat PlayStation.
Menariknya juga, pada penghujung tumit kasut tersebut juga akan terdapat kod khas PSN yang pengguna boleh tebus untuk mendapatkan tema dinamik khas Paul George pada Playstation 4.
Kasut Nike PG-2 Playstation Colorway bakal dilancarkan pada 10 Februari ini.
Sumber: Sinar Harian