Stesen Minyak Hampir Terbakar Angkara Bom Petrol


KOTA SAMARAHAN – Sebuah stesen minyak di Jalan Kuching disini  semalam hampir terbakar apabila dua lelaki bermotosikal bertindak melempar bom petrol.

Namun tindakan pantas pekerja stesen itu menyembur debu kering berjaya memadam api sebelum ia menyambar mesin pam.

Kedua-dua lelaki tersebut pada jam 12:07 tengah malam tiba-tiba melempar bom petrol selepas menyalakan sumbu sebelum melarikan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata sebaik menerima panggilan pada jam 12.07 tengah malam, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

“Berikutan kebakaran sudah berjaya dipadam, pihak bomba hanya membuat pemantauan dan mengambil maklumat untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya.

Sumber -MalaysiaGazette