Suspek Kes Cabul Di "Fun Fair" Sungai Petani Direman 7 Hari


ALOR SETAR - Suspek seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di tapak Fun Fair Taman Ria, Sungai Petani, Sabtu lalu direman tujuh hari bermula semalam.

Suspek dilihat tiba di Mahkamah Majistret Sungai Petani dengan menaiki kenderaan polis pada jam 9.35 pagi mengenakan  baju-T kuning 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di Sungai Petani jam 3.10 petang kelmarin ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kerana cedera di muka dipercayai dipukul.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Terdahulu, Kedahnews melaporkan pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai suspek didalam rakam video memaparkan aksi terkutuk mencabul kanak-kanak perempuan di tapak 'fun fair' yang menjadi tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Beliau berkata, susulan video yang tular di media sosial, pihaknya menerima dua laporan polis yang dibuat seorang pegawai polis dan ibu mangsa sendiri. - Kedahnews.com