Terbongkar… Adik Dedah Jantina Sebenar Nur Sajat?


PERSOALAN mengenai jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat rupa-rupanya pernah dibongkarkan oleh ahli keluarganya sekitar enam tahun yang lalu.

Malah, adiknya sendiri mendedahkan jantina usahawan itu menerusi sebuah rakaman video yang pernah disiarkan secara eksklusif di saluran RTM, TV1 tetapi tidak disedari oleh ramai pihak.

Menerusi rakaman video yang bertajuk,“Halalkah Aku?” itu, adik Sajat yang dikenali sebagai Mustika mendakwa bahawa usahawan terkenal itu sebenarnya seorang lelaki.

“Diorang tak minta tahu untuk lahir seperti ini. Sebab Ika bila berkawan dengan kawan-kawan abang Ika (Sajat). Diorang selalu cakap, diorang tidak minta dilahirkan macam ni,” kata Mustika menerusi rakaman berkenaan.

Bahkan, sebelum ini Mustika juga pernah memuat naik sebuah catatan menerusi akaun Instagram meminta orang mendoakan kesihatan ‘abangnya’ yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada ketika itu.

“Doakan semoga Sajad & kawan yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi di Pagoh sembuh… Hati ini Allah je tahu… Doakan Sajat abang saya sembuh sedia kala… Dan Ramadan ini memberi kekuatan pada kami sekeluarga,” tulis Mustika menerusi entri berkenaan.


Sehubungan itu, status Mustika tersebut secara tidak langsung telah mendedahkan jantina sebenar Sajat yang sekian lama menjadi pertikaian ramai pihak.

Pun begitu, sejak akhir-akhir ini Sajat sering mendakwa dirinya adalah seorang wanita dan turut mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Coach Yin. - Kedahnews.com