Terkejut Bayar Lebih RM300 Untuk Ikan Bilis


SEORANG wanita terkejut bukan kepalang lagi apabila terpaksa membayar RM348 untuk sebungkus ikan bilis.

Dalam posting yang dimuatnaik mangsa di Facbook Selasa lalu, wanita tersebut menceritakan pengalamannya memberi barang dapur dalam kuantiti banyak.

"Akak tu (juruwang) bagitahu total barang RM586.75. Muka dengan penuh reda hulur RM600 dengan berbaki RM13.25," kata wanita terbabit.

Kata mangsa, beliau memeriksa resit di dalam keretanya kerana beliau 'pelik dari mana barang yang boleh cecah sampai 600 ringgit'.

"Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan tiada.

"Yang ada 'Silverside CTN' yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu.


Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis," jelas mangsa.

Kata mangsa lagi, beliau kembali ke kaunter untuk mengadu mengenai kesilapan berkenaan dan berjaya memperoleh wangnya kembali.

"Nak pesan rajin-rajinkanlah tengok balik resit yang kita dapat tu,

jumlah barang tu betul ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli," pesan beliau.

Sumber: Sinar Online