Tiada Rakyat Malaysia Cedera Akibat Gempa Bumi Di Indonesia


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera atau menerima kesan secara langsung akibat gempa bumi 6.1 magnitud di barat daya Lebak, wilayah Banten, Indonesia pada jam 1.34 tengah hari semalam.

Kementerian itu dalam kenyataan menyebut antara kawasan mengalami impak gegaran ialah Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di wilayah Jawa Barat selain beberapa wilayah di Jawa Tengah.

"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Jakarta sudah berhubung dengan  pelajar Malaysia yang berada sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memantau keselamatan mereka.

"Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

"Mereka terbabit yang memerlukan bantuan konsular boleh e-mel Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi mwjakarta@kln.gov.my atau hubungi  +62215224947 / +6281380813036," katanya.

Sumber: BH Online