Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Kebakaran Hospital Di Seoul


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar semalam mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit setakat ini dalam insiden kebakaran Hospital Sejong di bandar Miryang, selatan Korea Selatan.

Dalam kenyataan di sini semalam, kementerian itu berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi (waktu tempatan) hari ini, dilaporkan  sekurang-kurangnya 41 maut dan lebih 70 yang lain cedera dalam kejadian yang dipercayai berpunca dari wad kecemasan hospital tersebut.

Untuk maklumat lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul boleh dihubungi melalui emel mwseoul@kln.gov.my atau talian telefon +82 2 2077 8600  /  +8210 8974 8699. – Bernama