Trend Tayang Doa Di Makkah, Apa Kata Ustaz?


PETALING JAYA - Tidak menjadi sebarang kesalahan kepada individu untuk berkongsi doa peribadi mereka di media sosial selagi ia tidak memaparkan aib atau kelemahan seseorang.

Pendakwah muda Wan Dazrin Wan Din atau Da'i Wan berkata, perkara itu bukan satu hal yang besar selagi ia tidak memaparkan keiaban atau kelemahan seseorang.

"Ia bukan satu hal yang berat untuk berkongsi doa di media sosial, tiada masalah. Cuma lebih baik kalau doa itu tidak memaparkan keaiban atau kelemahan.

"Elok sebenarnya doa ni, tidak kira dipaparkan di media sosial atau pun tidak," ujarnya kepada mStar Online.

Bukan satu kesalahan memuat naik doa di media sosial selagi tidak memaparkan aib atau kelemahan.

Menurutnya, Rasulullah SAW pernah mengirim doa melalui Saidina Umar ketika beliau mahu menuju ke Mekah. Antaranya sabda Nabi SAW: أَيْ أُخَيَّ أَشْرِكْنَا فِي دُعَائِكَ وَلَا تَنْسَنَا

Maksudnya: “Hai saudara yang ku kasihi, sertakan kami dalam doa kamu dan jangan lupa kami.” (Riwayat at-Tirmidzi, no. 3562).

Da'i Wan diminta mengulas trend segelintir masyarakat termasuk golongan selebriti yang kerap memuat naik gambar doa yang dikirimkan di Makkah terutamanya depan Kaabah.

Kiriman doa penyanyi Siti Nurhaliza.



Terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan hukum berbuat demikian kononnya mahu menunjuk-nunjuk.

Sementara itu, Da'i Wan berkata, komen tersebut mungkin dimaksudkan menerusi satu hadis yang menyebut bahawa doa yang makbul adalah dari doa tanpa diketahui orang lain.

"Yang mengatakan perkara itu, mereka mungkin maksudkan satu hadis Nabi yang mana Nabi sebut sebahagian dari doa yang makbul itu adalah doa tanpa diketahui orang yang didoakan. Itu sahaja, tapi secara keseluruhan ia tidak menjadi masalah," ujarnya.

Sumber: Mstar Online