Veteran Kedah 'Lepas Geram'


ALOR SETAR - Rafdi Rashid muncul wira pasukan bekas pemain bola sepak Kedah (Ex Kedah) apabila dua jaringannya mengatasi Members FC Pahang (MFCP) 2-1 di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH), semalam.

Malah kehadiran tiga jurulatih Kedah iaitu Ramon Marcote (Liga Super), Victor Andrag (Piala Presiden) dan Mohamad Ramli (Piala Belia) yang turut serta menambahkan lagi kemeriahan perlawanan.

Ex Kedah selaku tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan melalui Rafdi sebelum MFCP menyamakan kedudukan melalui Hafiz Mohd Amin.

Namun Rafdi sekali lagi meledak gol kedua di penghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan Ex Kedah.

Menurut Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kedah (KEFA) Khamal Idris Ali, beliau sungguh teruja dengan sambutan memberangsangkan yang ditunjukkan oleh ahli persatuan KEFA yang hadir bertemu wakil Pahang iaitu MFCP kali ini.

"Saya juga berharap banyak lagi aktiviti yang boleh disusun bagi meningkatkan lagi aktiviti KEFA pada masa akan datang dan saya mengharapkan sokongan daripada rakan semua dalam menjayakan semua aktiviti ini."

"Walaupun ada bekas pemain tak dapat bersama namun saya cukup hormati mereka kerana mereka sanggup datang walau dari jauh untuk menyokong program perlawanan yang kita lakukan pada petang ini.

"MFCP melalui pengurusnya Shaimee Harun turut menyenaraikan bekas pemain Pahang seperti Zamri Mazleh, Tarmizi Tahar, Rahman Kadir, Zulkifli Hamid, Badrul Azmi Holed, Mohd Khairi dan lain lain.

Kedah pula yang diketuai oleh Khamal Idris Ali menyenaraikan bekas pemain skuad Hijau Kuning antaranya Faraok Ismail, Feriza Ismail, Syed Alwi, Khatul Anuar, Koet King Heyong, Norazam Ishak, Murale, Amirul Nizam Mahdzir, Akmal Rizal Ahmad Rakli, Victor Andraq, Fauzie Nan, Idris Man, Hj Fuad, Ragesh, Chan Keat Swee, Mohamad Ramlee, Zulfatah Dzulkarnain, Rafdi Rashid, Ahmad Shukrin (Achong) , Thinagaran dan Chan Keat Swee."

Sumber: BH Online