KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, akan menganjurkan kempen bonanza dikenali sebagai ‘Wang with Shopee’ hingga 25 Feb bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Semasa kempen itu, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai RM1 juta, termasuk syiling, baucer dan lebih 20,000 tiket emas setiap hari.
Pengguna boleh menyertai acara Facebook, ‘Wang with Shopee this CNY 2018’, untuk memenangi hadiah eksklusif berupa Shopee Prosperity Boxes, 88,888 Syiling Shopee dan perjalanan ke Disneyland Hong Kong, termasuk hadiah utama perjalanan untuk dua orang ke suatu destinasi misteri bernilai RM10,000 bagi pengguna ke-18,888nya.
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata syarikat itu berganding bahu dengan lebih 60 jenama terkemuka bagi menawarkan beraneka jenis produk yang menjadi keperluan setiap isi rumah anggotanya.
Sumber: Suara TV