Waris Keluarga Maut Kemalangan Dari Singapura Ucap Terima Kasih Kepada PDRM


PORT DICKSON - Seorang pengguna Facebook dipercayai salah seorang ahli keluarga empat sekeluarga warga Singapura yang maut dalam kemalangan jalan raya di simpang tiga Lukut-Sepang Rabu lalu memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada polis Port Dickson terutamanya Inspektor Raja Nur Hafizah Raja Ariffin.

Pengguna Facebook dengan nama Aiman Syukri itu memuat naik status berkenaan sekitar jam 12 tengah  hari semalam.

"Bismillah. Saya wakil untuk smua ahli keluarga saya di Singapore. Saya ingin ucap Terima kasih kepada semua anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Port Dickson cawangan Trafik terutama sekali buat Inspektor Raja Nur Hafizah yang banyak menolong keluarga kami menguruskan jenazah dari awal hingga akhir.

"Jasa anda kami hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya. Terima kasih sebab banyak membantu ayah saya masa first day sampai ke hari pengebumian. Mohon jasa semua sharekan benda ni sampai ke IPD Port Dickson. Terima kasih

#thanksPDRM #Alfatihah," katanya yang dipertik dari Facebook semalam.

Sumber: Sinar Online