81 Pelajar Universiti DUN Kubang Rotan Terima Bantuan


ALOR SETAR - Penduduk di kawasan Kuala Kedah tidak diabaikan kebajikan mereka oleh kerajaan walaupun kawasan itu dikuasai oleh pembangkang sejak dua penggal . 

Berbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat di kawasan berkenaan tidak boleh mengharapkan wakil rakyat daripada parti pembangkang untuk membantu mereka jika menghadapi masalah.

Semalam seramai 81 orang pelajar yang terpilih dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Kuala Kedah menerima sumbangan untuk belajar di pusat-pusat  pengajian tinggi awam dan swasta.

Mereka terdiri pelajar dari pelbagai kaum di dalam DUN berkenaan.

Bantuan itu diserahkan oleh Penyelaras Parlimen Kuala Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan di  Sekolah Kebangsaan Haji Ismail, Kuala Kedah.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Mutalib Harun, ahli  jawatankuasa UMNO bahagian serta pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemanjuan Kampung (JKKK). - Kedahnews.com