Adakan Anda Was-Was Ketika Solat?


Assalamualaikum ustaz, apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berasa was-was ketika mendirikan solat. Contohnya, sangsi sudah tahiyat awal atau belum?  

APABILA anda ragu atau berasa waswas sama ada sudah melaksanakan tahiyat awal atau belum. Maka sebaiknya anda ambil posisi yang meyakinkan.

Jika anda yakin sudah melakukan tahiyat awal, maka anda tidak perlu lagi melakukan sujud sahwi.

Tetapi jika anda benar-benar yakin yang anda belum melaksanakan tahiyat awal, maka ada baiknya anda sujud sahwi sebelum salam kerana terlupa Tahiyat Awal tersebut.

Ini berdasarkan hadis Abdullah bin Buhainah berkata: “Rasulullah SAW pernah solat Zuhur (dan terlupa duduk Tahiyat Awal) maka selepas selesai solatnya, Baginda sujud sebanyak dua kali sujud (sahwi) dengan bertakbir bagi setiap sujudnya dalam berkeadaan duduk sebelum memberi ‘salam’.

Maka para sahabat turut sujud bersamanya, adapun Sujud (sahwi) itu pengganti apa-apa yang dia lupa daripada duduk (membaca Tahiyat Awal).” (Riwayat Muslim)  Wallahu a’lam.

Sumber: Sinar