Tun Dr Mahathir Mohamad boleh 'mengawal' parti dalam Barisan Nasional (BN) semasa beliau menjadi pengerusinya selama 22 tahun, tetapi beliau tidak mampu untuk mengawal parti-parti dalam Pakatan Harapan yang dikemudikannya.
Ini kerana, kebanyakan parti dalam gabungan pembangkang itu kuhsusnya DAP dan PKR adalah musuh ketatnya semasa beliau berada di dalam BN.
Jadi tidak hairanlah jika ada parti dan pemimpin dalam Pakatan Harapan yang tidak menuruti kehendaknya walaupun beliau merupakan pengerusinya dan telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pakatan menang Pilihanraya Umum Ke-14.
Maka tidak hairan juga apabila Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Perti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak diterima oleh sebilangan pemimpin Pakatan sebagai calon Perdana Menteri,
malah dalam PPBM sendiri ramai yang meninggalkan parti.
Jika PPBM masih berterabur dan keduduknnya pun belum disahkan, usaha Dr. Mahathir untuk menyatukan parti dalam pakatan masih diragui.
Tiga hari lepas Dr. Mahathir masih cuba untuk menutup kemelut yang berlaku dalam Pakatan Harapan berhubung pertikaian dalam pengagihan kerusi dengan menganggap perkara itu kecil dan menyatakan sudah selesai.
Semalam beliau mengingatkan pemimpin gabungan itu supaya tidak menyerang sesama sendiri secara terbuka berhubung isu pengagihan kerusi DUN di Selangor.
Mahathir bimbang, pergaduhan secara terbuka di khalayak umum boleh memberi kesan negatif kepada gabungan itu khususnya dari segi keyakinan rakyat dalam memberi undi.
“Kenyataan secara terbuka ini, kadang-kadang memberi kesan negatif ada benda yang perlu kita selesaikan sesama kita tanpa publisiti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Pimpinan Anak Muda Bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Dr. Mahathir tidak mahu masalah dalam parti disuarakan menerusi media dan ini juga bermakna beliau mahu menyekat kekebasan bersuara antara parti dalam pakatan.
Seentara itu Dr. Mahathir kini mengakui adalah sukar untuk mendapatkan persetujuan empat buah parti dalam pakatan.
Seentara itu Dr. Mahathir kini mengakui adalah sukar untuk mendapatkan persetujuan empat buah parti dalam pakatan.
"Parti kami (PPBM) sendiripun pun tak puas hati...” kata Mahathir walaupun parti pimpinannya diberikan kerusi parlimen yang paling banyak di Semenanjung.
Dr. Mahathir merujuk pertelingkahan yang berlaku antara Parti Keadilan Rakyat dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang saling tuduh menuduh berhubung isu kerusi di Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan parti sekutunya itu sebagai tidak amanah serta berbohong di sebalik kemelut pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih gagal dimuktamadkan sehingga kini.
Sementara pemimpin PAN pula mendakwa Azmin tidak layak memimpin Pakatan Harapan Selangor. - Kedahnews.com