Ahmad Bashah Yakin Kedah Kekal Diperintah Oleh BN


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkeyakinan bahawa Kedah akan terus kekal diperintah oleh Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Beliau yang juga Pengerusi BN/UMNO negeri berkata, BN menyasarkan menang 30 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13 daripada 15 kerusi Parlimen.


BN kini menguasai 21 DUN dan 10 kerusi Parlimen berdasarkan PRU13.


"Saya percaya rakyat dapat menilai dan yakin pada BN untuk terus berkuasa di Kedah," kata Ahmad Bashah dalam wawancara khas dengan sekumpulan wartawan Bernama baru-baru ini.


Keyakinan Ahmad Bashah yang mengambil alih tugas Menteri Besar sejak Februari 2016 itu bukanlah andaian semata-mata tetapi berdasarkan maklum balas dan persiapan serta tinjauan yang dijalankan sepanjang persiapan menghadapi PRU.


"Kita yakin Kedah terus kekal dalam tangan BN dan kita akan menang dalam PRU di Parlimen dan  DUN, Insha-Allah....." ujar Ahmad Bashah yang dilihat 'ligat' turun padang untuk bertemu penduduk di seluruh negeri.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu Ahmad Bashah yang diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti dan berjaya meanwan kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat yang berpeluang memerintah satu penggal ( 2008 hingga 2013).


Ahmad Bashah yang menang kerusi DUN Bakar Bata sejak lima penggal dilantik Menteri Besar, menggantikan  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir pada 4 Februari 2016.



Selepas mengambil alih tugas Menteri Besar, Ahmad Bashah membawa konsep muafakat kerana beliau yakin jika semua orang Kedah bermuafakat segala perancangan boleh dilaksanakan.


" Dulu kita usung rumah dari satu tempat ke satu tempat untuk pindah dan konsep muafakat ataugotong royong seperti itu telah menjadi budaya di kampung. 


Rakyat kena ada kepercayaan dan keyakinan, baharu boleh teruskan dengan perancangan, " kata Ahmad Bashah.


Menurut Ahmad Bashah, rakyat Kedah menaruh harapan yang tinggi apabila BN kembali menguasai kerajaan negeri.


(Perlu disebut, semenjak pilihan raya umum pertama Kedah tidak pernah diperintah oleh parti pembangkang) kecuali pada 2008 hingga  Mei 2013).


"Bila kita (BN) dapat balik Kedah, memang rakyat jangka kerajaan akan buat sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan pembangkang. Jadi itu yang kita kena buat. Bukan saja kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga, sebab kita selari dengan kerajaan Pusat yang dikuasai BN. 


"Sebab itu kita dapat pelbagai pembangunan di Kedah, dari segi pembangunan infrastruktur kita pun dapat." kata Ahmad Bashah.



Beliau memberi contoh, dalam bidang pendidikan, dulu KUIN (Kolej Universiti Insaniah) rakyat nak jadi universiti, sekarang sudah bertukar status secara rasmi sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS).


Dalam hal ini, kata beliau, rakyat perlu nilai dan lihat perubahan yang berlaku, walaupun ia seperti tidak kelihatan, akan tetapi pembangunan dan faedahnya  itu sudah pun boleh dirasai.


"Perkara (perubahan) itu tidak boleh dinafikan. Tetapi kalau anda tanya pembangkang,  mereka akan tanya balik, Ahmad Bashah buat apa?


Mereka (pembangkang) cuba kelirukan rakyat,  kata kerajaan tak buat apa-apa . Saya nak 'habaq' ada projek sudah take off (berjalan), ada yang sudah dirancang dan dilaksanakan, kita nak rakyat sekali member  kepercayaan, " kata Ahmad Bashah.- Kedahnews.com