Akhyar Wira Helang Merah Benam PKNP


ALOR SETAR - Penyerang cilik yang dikenali sebagai Neymar Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid telah menjadi wira Helang Merah selepas berjaya membenam PKNP FC 1-0 dalam saingan Liga Super 2018 di Stadium Negeri, petang semalam.

Gol kemenangan skuad Hijau Kuning itu dijaringkan pada minit ke-85 hasil umpanan cantik dari pemain import, Andik Vermansah sebelum Pablo Pallares melorongkan bola ke arah Akhyar.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan 1-3 yang dianggap agak memalukan buat Kedah di tangan Perak di Stadium Darul Aman Rabu lalu.

Jika dilihat perlawanan semalam, meskipun bermain di gelanggang lawan, skuad bimbingan jurulatih, Ramon Marcote ternyata lebih menguasai permainan.

Walaupun tewas, skuad PKNP FC kendali ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim boleh dipuji kerana berjaya mempamerkan saingan sengit untuk menyekat kemaraan Kedah.

Ujar Ramon ketika ditemui turut melahirkan perasaan gembira apabila berjaya mencapai kemenangan mutlak buat Kedah biarpun terpaksa menunggu hingga minit akhir perlawanan.

Beliau berkata, selepas tewas dua perlawanan dengan JDT dan Perak, kemenangan ini benar-benar memberi kegembiraan buat Kedah. - Kedahnews.com