Anak Saudara Pemenang American Idol Maut Ditembak


ANAK saudara kepada penyanyi R&B yang juga pemenang American Idol, Fantasia Barrino maut selepas ditembak dalam satu pergaduhan.

Tyquan Von Ricco Washington, 18, ditembak di luar bangunan apartmen di North Carolina selepas mangsa bergaduh dengan suspek dikenali sebagai David Lee White, Jr..

Suspek kini ditahan di lokap polis dan akan didakwa dengan tuduhan membunuh.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia akibat beberapa das tembakan.

Tyquan merupakan anak saudara yang paling tua bagi Barrino. Penyanyi itu memenangi pertandingan American Idol pada 2004.

Penyanyi ‘I Believe’ itu menulis di Instagramnya sebagai memperingati kematian anak saudaranya itu.

“Ty… Makcik minta maaf sayang,’ demikian tulis Barrino.

Dia turut berkongsi gambar lalu bersama Tyguan.- Kedahnews.com