Bank Miliki Wang Kertas Cukup Untuk Tahun Baharu Cina


KUALA LUMPUR - Ahli Persatuan Bank-bank di Malaysia's (ABM) mempunyai bekalan wang kertas yang mencukupi untuk sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

ABM berkata ahli bank telah menukar wang kertas baharu dan baik untuk pelanggan.

“Bank-bank ahlinya telah menggalakkan dan akan terus mempromosikan penggunaan wang kertas yang berkualiti, seperti baharu, apabila pelanggan menukar wang mereka di cawangan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ABM berkata usaha itu bertujuan menyokong inisiatif ‘Go Green' yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2013 bagi memulihara sumber dan melindungi alam sekitar.

Persatuan itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang terus menyokong inisiatif ‘Go Green'. - Bernama