“MELAYU bod*h! Kalau nak sweet-sweet buat je lah kat rumah, tak payah tunjuk kat orang.”
Demikian kecaman dan makian pedas ramai netizen susulan tersebarnya rakaman video memaparkan sekumpulan ibu hamil dipeluk ‘enak’ oleh pasangan masing-masing.
Menerusi perkongsiaan tular di laman Facebook, video terbabit dipercayai diambil menerusi sebuah kelas antenatal terkenal yang diadakan baru-baru ini di ibu negara.
Difahamkan, program tersebut asalnya bertujuan baik, iaitu sebagai menambah pengetahuan dan kemahiran pasangan yang akan menerima ahli baharu dalam keluarga.
Namun gaya dan aksi kebanyakannya pasangan berkenaan yang berwajah Melayu berdasarkan raut muka masing-masing dilihat sangat tidak sesuai untuk tontonan umum.
Ada yang dilihat seakan terlalu ‘asyik’ akibat diusap oleh suaminya dan ini jelas tidak melambangkan ciri-ciri sebenar seorang Muslimah yang bermaruah lagi mempunyai rasa malu.
Tindakan para suami itu turut dikecam kerana membenarkan aurat isterinya bebas pula dipertontonkan kepada khalayak ramai.
“Kesian tengok yang bertudung… yang tak bertudung orang tak perasan dia agama apa.. dalam Islam dah ajar bila wife pregnant baca la surah-surah yang terbaik untuk anak dalam kandungan.
“Bukan dok dengar lagu mat salleh peluk bini depan orang ramai,” tulis Ruzaini Rahman.
Bagaimanapun, masih terdapat segelintir netizen yang memuji tindakan para suami berkenaan kerana sanggup meluangkan masa bersama isteri masing.
“Respect the husband for their effort. Maklum la bukan semua lelaki sporting semata-mata nak senangkan hati isteri. Cuma lagi manis if buat dekat rumah.
“Nak-nak pulak if isteri rase nak amek feel sampai macam tu huhu π
,” tulis Ain Domman. - Kedahnews.com