NAMPAKNYA, bukan perkara pelik lagi untuk kita menyaksikan pertengkaran melibatkan golongan wanita yang bergaduh sesama sendiri sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, rakaman video berdurasi 48 saat yang menunjukkan dua remaja wanita berusia dalam lingkungan 20-an kini mula tular menerusi media sosial.
Tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun kedua-dua remaja yang berpakaian agak ketat itu dipercayai tidak berpuas hati selepas berlaku perselisihan faham sesama mereka.
Menerusi rakaman, dilihat gadis berbaju putih memberikan asakan hebat membuatkan lawannya yang sedikit berisi itu cuba membalas pukulan.
Namun entah bagaimana, baju wanita itu pula dilucutkan sehingga menampakkan baju dalamnya yang berwarna merah (aumm) sebelum rakaman ditamatkan.
Kelihatan juga seorang wanita bertudung bertindak merakam pergaduhan itu sambil memekik: “Tarik rambut tak gentle la sial! Tarik rambut tak gentle la sial, eh tarik rambut tak gentle la puk*mak!
Rakaman pergaduhan itu ternyata menjadi bahan jenaka netizen yang merasa lucu, lebih-lebih lagi selepas ianya berakhir dengan insiden yang tidak dijangkakan.
Tidak kurang juga mengecam tindakan perakam gara-gara menjatuhkan emej muslimah bertudung.
“Coli merah, coli merah untuk dijual, mahal sikit sebab basah lagi baru lepas gaduh 🤣😂,” kata Mohd Hilmi Zaki.
“Suruh la akak pakai tudung tu azankan dua ekor ni, ini dok menyalak macam anjing je buat ape,” tulis Syafiqah sulaiman.
“Kawan depa yang bertudung tu buat apa, tolong promote wrestling ke?” kata pengguna Facebook Shahir Hamzah. - Kedahnews.com