Biar Belanja Berhantu Tapi Puas…


PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad mendedahkan sanggup belanja puluhan ribu ringgit untuk menyewa Fun Fair dan membayar upah 120 pelakon tambahan bagi menjayakan supertelefilem The Hantus.

Nabil, 34, turut mengakui hasil pulangan supertelefilem terbitan syarikat produksinya itu tidak menguntungkan.

“Saya tidak kisah mengeluarkan bajet besar kerana mahu menampilkan kelainan dan hasil berkualiti.

“Bayaran sewa Fun Fair di Rawang selama tiga hari bukan murah dan penggambaran turut membabitkan dua bas dan kereta” katanya.

Pengacara program Meletop itu berkata idea menghasilkan supertelefilem komedi seram itu datang ketika menonton video kejadian mistik di sebuah balai polis di YouTube.

“Berbeza dengan cerita seram lain, The Hantus mengisahkan aktiviti makhluk ghaib di alam mereka.

“Saya ingin mengetengahkan karya segar dalam industri seni tanah air dengan tidak memilih untuk menghasilkan cerita klise,” katanya.

Ujar Nabil lagi, buat masa sekarang dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan.

The Hantus akan disiarkan di Astro First pada Jun ini menampilkan pelakon Hannah Delisha, Alif Satar dan Faizal Hussein.

Sumber -Hmetro