BAK kata pepatah, hidup ibarat roda. Kadang -kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah.
Itulah yang digambarkan oleh chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi perkongsian terbaru di laman Instagramnya (IG).
Chef Wan memuat naik kata-kata yang berbunyi: Kau kerja sampai malam pun, orang tak akan hargai. Tapi sekali kau buat silap kau habis. Kerja tak akan habis sampai bila-bila. Jadi, baliklah 'on time'.
Bersetuju dengan kata-kata itu, bapa kepada pelakon Serina ini menyifatkan ia sebagai salah satu sifat manusia hari ini.
"Yes at time this is so true. Sudah rasmi sifat-sifat manusia pun yang tidak semua akan mengenang jasa-jasa atau pun pengorbanan kita.
"Masa kita ini lawa, handsome serta muda dan laku ini, saya tengok dunia artis ini berebut la orang idolised mereka. Surat khabar atau majalah tak habis menceritakan kisah mereka," tulisnya.
Bagaimanapun, katanya, situasi itu juga akan berubah seiring dengan perubahan zaman.
"Bila saya bandingkan zaman Aaron Aziz mahu pun Fattah Amin sekarang macam itu la juga. In the end patah tumbuh hilang berganti. In the end everthing become a thing of a past la pulak," tulisnya lagi.
Lantaran itu, selebriti berusia 60 tahun ini turut menasihatkan agar setiap pendatang baru memahami tujuan sebenar menceburi industri seni hiburan.
"That is why I always adviced anak-anak muda yang nak masuk dunia entertainment ini ala tak usah la nak berangan glamour mana dik.
"Tengok all the juara-juara AF itu mau pun yang masterchef-masterchef itu semua ke mana mereka hari ini? You are only good for the industry and media untuk ketika itu aja.
"Esok atau lusa there always a new fresh of meat in town to take over u pulak.
Nothing stays forever. As for your fans pula its time to move idolising another talent or make way for the new wave of younger generation.
"Itu sebab anak-anak muda jika tak betul berbakat besar setakat harap muka itu aja lawa chances are you are better off at school pi belajar tinggi, get a good career yang menjamin kan masa hadapan u all dari me jadi artist jenis majalah-majalah ini yang tak ke mana," tulisnya.
Justeru, Chef Wan menggesa agar golongan ini tidak terlalu ghairah dalam mengejar populariti sebaliknya harus sentiasa berwaspada.
"As parent pun kita mesti mahu nasihat anak-anak kita atau pun kita sendiri jangan lah ghairah sangat nak anak tu glamour jika tidak betul-betul berbakat.
"They will never sustained a long lasting career in this entertainment world. As for me I have been very lucky that my own rezeki is luas as I am able to do so many things with my skill as Tukang Masak. Tak keluar TV selalu pun boleh juga jual Nasi Lemak hidup la jugak. Alhamdulilah," luahnya.
Pada masa sama, pelakon filem Soal Hati ini turut meminta agar orang ramai berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal di kemudian hari.
"Baca apa yang tertulis di atas teringat kisah Farid Kamil dan ramai lagi artis yang lain-lain pun. Masa kita popular wow nama kita di julang bagai nak gila.
"One single mistake you make in life lihat la respond dari masyarakat. Same thing what happened to my son too that actually killed his entire TV career.
“Masyarakat sometime can be very mean out there," tulisnya.
Rentetan itu, pelakon filem Baginda ini mengakui tidak pernah kisah akan populariti kerana ia bersifat sementara.
"That is why I never really care about my popularity or what people might thing of me.
"Yang penting I do my job secara jujur dan be myself. Rezeki di tangan ALLAH dan bukan manusia yang menentukan semuanya pun!," akhirinya.
Sumber: Sinar Online