Depresi: Kos & Rawatan Sukar Pembunuh Utama


SEJAK fenomena kes bunuh diri bintang popular menjadi tumpuan media massa, depresi atau penyakit kemurungan mula mendapat perhatian.

Sejak tragedi bunuh diri di kalangan artis terkenal Barat dan K-Pop dunia mulai heboh bercakap mengenai kesan penyakit kemurungan ini, serta potensi bunuh diri penderita dipresi.

Heath Ledger, pelakon watak Joker dalam filem Bad Man ditemukan mati bunuh diri pada 22 Januari 2008.

Kejadian ini mengejutkan dunia kerana bintang muda berusia 28 tahun ini hidup dalam kemasyuran.

Pada 18 Mei 2017, Chris Cornell vokalis Audio Slave pula ditemui mati bunuh diri. Kematian Cornell disusuli sahabatnya, vokalis Lin Kin Park, Chester Bennington pada 20 Julai tahun yang sama. Kemudian dunia hiburan pop digemparkan pula dengan kematian bunuh diri bintang boy band K-Pop, Kim Jonghyun.

Ini hanya senarai terkini. Kejadian bunyi diri di kalangan artis popular berlaku sejak era Jimi Hendrix (1970), Elvis Presley (1977) dan Kurt Cobain (Nirwana 1994).

Tidak saja di Hollywood dan K-Pop, Bollywood turut dilanda tragedi bintang terkenal mati bunuh diri.

Antaranya, Jiah Khan (2013) dan Diva Bharti (1993).

Malah, aktres lagenda Parveen Babi juga ditemukan mati bunuh diri (2005).

Ini indekasi popular senarai kes bunuh diri artis di kalangan artis terkenal. Namun, punca kematian mereka sama dengan ribuan kes bunuh diri yang lain.

Mereka mengalami tekanan depresi atau penyakit kemurungan.

Jadi tidak hairanlah, apabila NGO The Befrienders mendedahkan fakta mengejutkan mengenai data ancaman bunuh diri di kalangan pesakit depresi barubaru ini.

Sepanjang 2017, The Befrienders menerima 27 ribu panggilan dan emel berkaitan tekanan kemurungan yang mendorong pada keinginan bunuh diri. Ia angka yang sangat mengejutkan.

Pengerusinya, Justin Gerard Victor, mendedahkan, angka itu menakutkan. Ia meningkat berbanding statistik 25 ribu panggilan dan emel pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan sebanyak 8 peratus membuatkan para sukarelawan melipatgandakan usaha bagi memastikan konflik pemanggil didengari dan diberikan perhatian sewajarnya.

“Kita ingin singkirkan stigma dan tanggapan negatif umum yang menjadi penghalang pesakit untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan yang sepatutnya,” kata Justin.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program bicara Penyakit Mental: Pembunuh Senyap sempena Sidang Kemuncak Aspirasi dan Kepemimpinan (NALS) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Hadir sama, Ketua Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Marhani Midin; Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Nurashikin Ibrahim dan Presiden Medtweet.my, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin.

Kita renung sejenak persekitaran yang dialami pesakit kemurungan di negara ini. Percayakan anda, kos yang mahal bakal menjadi punca penderita depresi mati bunuh diri.

Kos rawatan pakar swasta dan bil perubatan menelan belanja sekitar RM500 bagi satu kaunseling sekitar 30 minit. Stok ubat yang dibekalkan hanya untuk enam ke lapan minggu.

Secara purata, pesakit memerlukan antara RM6 ribu hingga RM9 ribu setahun bagi menanggung bil rawatan.

Bagi yang tidak mampu, mereka harus ke hospital kerajaan. Cabarannya lebih rumit. Ketika tekanan depresi sudah memuncak dan mendekati keinginan bunuh diri, paling cepat peluang mendapatkan rawatan pakar kerajaan memerlukan tempoh dua minggu.

Dua minggu tanpa ubat, ketika tekanan kemurungan sudah memuncak – tanpa bantuan kaunseling, kejadian bunuh diri boleh berlaku pada bila-bila masa.

Itu belum lagi dilema pesakit kemurungan mengalami dilema kerana terpaksa mendaftar secara terbuka di Jabatan Psikiatri dan duduk sebaris di kerusi menanti dengan pesakit mental untuk bertemu doktor pakar.

Selain itu, tahulah anda: Ketika penderita depresi bertemu doktor di klinik pakar hospital swasta, dan
bertemu doktor di klinik pakar hospital swasta, dan menyatakan tahap depresi yang dialami sangat kritikal, mereka tidak akan dirawat di wad.

Mereka hanya diberikan kaunseling dan ubat. Hospital swasta sendiri memiliki polisi tidak menerima pesakit depresi di wad!

Alasannya pakar psikiatris mudah: Hospital swasta tidak menyediakan wad khas kerana bimbang, pesakit dipresi mencetuskan kekacauan. Hospital swasta hanya memberikan servis komersil pesakit luar.

Paling menyakitkan hati ialah perbezaan harga ubat.

Tahukah anda: Xanax 0.5mg yang digunakan sebagai ubat popular dalam rawatan depresi dijual pada harga RM5 sebiji di hospital swasta?

Manakala, di hospital kerajaan harganya kurang RM1.

Kita masih kuno dalam menangani rawatan masalah depresi. Kekurangan pakar psikiatri, serta tekanan komersil yang teruk dalam kos kaunseling dan perubatan, adalah pembunuh awal sebelum pesakit membunuh diri.

Post saja artikel ini di FB dan bukalah perdebatan.

Banyak pendedahan mengejutkan akan dibuat pesakit yang berani, atau ahli keluarga yang menjaga mereka.

Sistem rawatan kita terhadap pesakit depresi masih di tahap “Yahudi melayan Palestin”.

Seorang penderita depresi pernah mengunjungi hospital swasta dan mendedahkan: “Tadi, saya berada di tengah jalanraya dan mengharapkan kenderaan besar yang laju melanggar saya hingga mati. Tetapi saya kuatkan diri untuk datang ke mari.”

Anda tahu apa jawapan doktor bertugas di bahagian kecemasan hospital swasta itu?

Pada jam 12.00 tengah malam, ketika pesakit itu mengalami kecelaruan pemikiran, doktor hanya memberikan jawapan simpati. Namun, ia langsung tidak masuk akal.

“Kami tidak menerima pesakit psikiatrik. Anda harus ke tempat lain….”

Pesakit itu merayu: “Berikan saya sesuatu. Saya perlu bertahan sebelum esok sebelum mencari tempat rawatan yang sesuai.”

Doktor itu menjawab: “Saya tidak dapat membantu.”

“Ubat psikiatrik hanya boleh diberikan pakar psikiatrik.” Pesakit itu merayu lagi: “Berikan saya xanax atau clonazepam. Saya sudah kehabisan ubat sejak seminggu lalu.”

Doktor itu menjawab: “Maaf. Anda perlu bertemu psikiatris. Saya tidak boleh memberikan ubat jenis itu.”

Tahukah anda: Akhirnya, pesakit yang sejam sebelum bertemu doktor itu hampir membunuh diri di jalanraya, akhirnya keluar begitu saja. Walaupun sudah menyatakan dirinya dibayangi perasaan mahu membunuh diri, dia tidak punya tempat di bahagian kecemasan hospital swasta.

Ini bukan aneh. Semua rawatan psikiatrik adalah projek mewah di hospital swasta. Ia dianggap penyakit mewah. Kos kaunseling doktor pakar dan harga ubat yang mahal, menjadikan depresi ialah penyakit elit yang berorientasikan wang, wang dan wang!

Apa yang didedahkan Befrienders hanyalah angka. Apa yang belum didedah dan didebatkan secara terbuka ialah:

Bagaimana SOP dan persediaan hospital swasta dan kerajaan dalam membantu mangsa.

Kita sudah ada angka dan fakta. Kita sudah ada pengetahuan dan kesedaran.

Apa yang kita belum ada hanyalah tindakan efektik bagi membantu pesakit depresi.

27 ribu angka panggilan dan emel yang didedahkan Befrienders akan berubah menjadi angka kematian sedikit demi sedikit pada tahun-tahun mendatang.

Selagi kita tidak berubah dalam bentuk penyediaan rawatan yang boleh diakses secara mudah dan murah.

Ingat! Depresi bukan penyakit gila. Ia kombinasi yang kompleks mengenai komposisi kognitif. Depresi juga merangkumi isu genetik dan penghasilan kimia dalam tubuh.

Selain soal utama yang bersangkutan dengan kejiwaan dan perasaan. - Kedahnews.com