“Dia Onani Betul-Betul Belakang Wanita Itu!”


IPOH – Sorang lelaki tua kemaruk seks diburu polis apabila dipercayai sering mengambil gambar gadis secara sembunyi di lokasi awam, untuk dijadikan ‘bahan’ kepuasannya.

Lelaki terbabit juga menjadikan sebuah pasaraya di sini sebagai ‘port’ melepaskan ketagihan sehingga aksinya dirakam dan menjadi tular di laman Facebook.

Gambar dan perbuatan lelaki itu dimuat naik oleh saksi, Kenny Wong menerusi perkongsian status Facebook pada 4 Februari lalu.

Ia kemudianya menjadi tular sehingga menerima perkongsian mencecah sehingga 2,400 kali.

Menurut Kenny, dalam kejadian Ahad minggu lalu itu, mangsa sedang melihat persembahan di ruang legar pusat beli belah tersebut telah didekati oleh suspek yang bertindak merakam gambarnya dari arah belakang.

Suspek dikatakan tanpa segan silu menggosok kemaluannya dan terus beronani sambil melihat gambar mangsa di telefon bimbitnya.

Mujur saksi yang terlihat aksi ‘pelik’ itu segera bertindak menyergah dan menghalangnya perbuatan lelaki terbabit.

Dalam entri terbaharunya, Kenny mengatakan telah  berjaya menghubungi dan memaklumkan kejadian terbabit kepada mangsa.

Wanita itu yang bimbang gambarnya akan dimanipulasikan oleh suspek, telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Entry yang dimuat naik itu seterusnya menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang berkongsi bahawa suspek memang terkenal sebagai seorang yang sentiasa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sementara itu dalam sebuah laporan portal tempatan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby telah mengesahkan laporan mengenai insiden berkenaan. – Kedahnews.com