ALOR SETAR - Ekspo Muafakat Kedah yang pertama diadakan dijadualkan pada hari ini sudah bermula dan telah dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebentar tadi.
Ekspo yang julung kali diadakan di negeri Kedah dilihat sebagai satu platform terbaik kepada rakyat untuk melihat usaha yang dilakukan kerajaan bagi membangunkan negeri ini.
Difahamkan, ekspo tersebut berlangsung bermula hari ini hingga 3 Mac yang diadakan di Stadium Darul Aman itu turut menyasarkan 400,000 pengunjung.
Selain itu, kira-kira 119 jabatan kerajaan dan swasta terlibat dalam ekspo itu dan diletakkan dalam 20 kelompok kluster mengikut kesesuaian sistem penyampaian jabatan, sama ada dalam bentuk pameran, khidmat nasihat, penerangan dan bantuan secara langsung.
Ekspo tersebut merupakan platform untuk kerajaan mempromosi agenda pembangunan yang dilaksanakan kepada rakyat.
Melalui ekspo ini juga, semua jabatan dan agensi akan digemblengkan kerjasama menerusi satu bumbung melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Sementara itu, bagi masjis penutupan program dikatakan bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac ini.
Selain itu, Kedah Best Food Street yang turut sama dalam ekspo tersebut dengan menyajikan pelbagai jenis hidangan makanan dan jualan dari usahawan muda kedah yang bertempat di perkaragan stadium Darul Aman.
Difahamkan juga, terdapat 65 gerai yang menjual makanan serta barangan dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam sehingga hari akhir 3 Mac nanti.
Karnival tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis kelahiran negeri Kedah serta selebriti terkenal tanah air turut sama hadir sepanjang 8 hari bertapak di sini.
Antara yang hadir adalah, Cat Farish, Atul Mok Cun, Rozir Othman, dan ramai lagi artis tanah air yang turut serta di sepanjang Kedah Best Food Street berlangsung. - Kedahnews.com