#EkspoMuafakatKedah : Rakyat Kedah Boleh Buat "FAST LOAN" Di UPUK


ALOR SETAR - Ekspo Muafakat Kedah yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman sekarang ini sejak 24 Januari hingga 3 Mac menampilkan pelbagai perkhidmatan yang pastinya untuk kemudahan rakyat negeri Kedah dan luar. 

Antara yang menarik di ekspo terbabit ialah Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) menyediakan borang permohonan secara percuma bagi Skim Pinjaman Mikrokredit Kedah.

Bagi yang berminat anda boleh mendapatkan borang tersebut tanpa sebarang pembayaran di  di Kluster Kedah Bizz (Kluster 16).

Bukan itu sahaja, UPUK turut menawarkan  Skim Pinjaman mudah "FAST LOAN" iaitu pinjaman lulus segera dengan maksimum pinjaman sebanyak RM2,000.00 dan peminjam perlu membuat bayaran semula selama enam bulan.

Bagi yang berminat, terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikut dan pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

1- Gambar pemohon ukuran pasport (1 keping)
2- Salinan IC pemohon dan pasangan
3- Salinan SSM
4- Gambar premis/tempat perniagaan/tapak projek
5- Salinan penyata bank (muka pertama & 3 bulan transaksi terakhir)
5- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon) rumah atau premis perniagaan
6- Sebutharga pembelian perkakas/peralatan
7- Salinan hak milik tanah(jika berkenaan)
8- Salinan perjanjian sewa/surat kebenaran penggunaan premis
9- Surat sokongan daripada Agensi/Persatuan(sekiranya tiada lesen daripada pihak berkuasa tempatan)

Tawaran pinjaman itu hanya boleh didapati bermula dari tarikh ekspo dijalankan iaitu 24 Februari hingga 3 Mac sahaja. Bagi individu yang berminat bolehlah serbu kaunter Kedah Bizz untuk keterangan lanjut. - Kedahnews.com