Ini Antara Senarai Kes Rogol Tragis Berlaku Di Kedah


Sejak akhir-akhir ini banyak yang telah kita dengar mengenai kes rogol dan bunuh di Malaysia. Malaysia sudah tidak aman lagi kerana gejala ini dilihat semakin meningkat naik dari hari ke hari. 

Apa yang perlu kita lakukan adalah berdoa dan bermohon semogo kita semua dihindarkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. 

Berikut merupakan 4 kes rogol yang dianggap tragis yang telah berlaku di Kedah. 


1. Kes Siti Syazwani Binti Ahmad Dasuki (2004) 

Siti Syazwani binti Ahmad Dasuki merupakan seorang pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal di Sungai Petani telh dirogol dan dibunuh. Mayat mangsa ditemui dalam sebuah parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, berdekatan rumahnya di Taman Rhu, Sungai Petani Kedah. 

Mangsa dikatakan telah dilaporkan hilang pada hari sebelumnya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji al-Quran di taman perumahan yang sama. Laporan menyatakan bahawa beberapa warga asing telah ditahan berhubung dengan kejadian tersebut. 

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib berkata perbuatan tersebut berlaku disebabkan sifat ketahanan diri yang lemah dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Mudah sangat nafsu menguasai kita sehinggakan budak berusia sembilan tahun juga boleh menjadi mangsa. 


2. Kes Bomoh Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun (2012) 

Pada 23 Disember seorang pelajar perempuan tahun enam hidup dalam trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh. Bomoh tersebut dipercayai telah merogol berulang kali dalan kejadian berasingan di Taman PKNK sejak awal tahun 2011. 

Difahamkan lelaki berkenaan cuba mengambil kesempatan selepas mendakwa mangsa mempunyai penyakit misteri kerana terdapat batu dalam badan dan terpaksa dikeluarkan melalui kemaluan. Sungguh licik sekali bomoh tersebut. 


3. Remaja Perogol Bersiri Diberkas Di Langkawi Kedah (2016) 

Seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam 10 kes rogol telah diberkas di Langkawi. Ketua Polis Daerah Langkawi berkata remaja berumjr 19 tahun itu berasal dari Alor Setar berjaya diberkas hasil maklumat daripada seorang mangsanya.

Mangsa berkata telah bertembung dengan suspek ketika suspek sedang memandu kereta bersama seorang wanita yang dipercayai turut menjadi mangsa suspek. Modus operandi suspek adalah dengan menggunakan ‘Nearby Search’ dalam aplikasi WeChat untuk mencari mangsa. 

Apabila berjaya diperdaya suspek akan membawa mangsa ke kawasan sunyi untuk dirogol atau merogol mereka di dalam kereta. Suspek juga disyaki mencekik mangsa dan memukul mangsa serta memadamkan maklumat berkenaan dirinya di dalam telefon bimbit mangsanya. 

Suspek dikatakan bekas pekerja hotel di Langkawi dan disyaki telah melakukan jenayah sejak Oktober tahun 2015 dengan mangsa yang berumur sekitar 16 sehingga 18 tahun. 


4. Abang Kandung Memperkosa Tiga Adik Beradiknya (2017) 

Seorang abang tergamak menjadikan tiga adik perempuannya sebagai tempat melampiaskan nafsunya di Sungai Layar, Kedah. Perbuatan terkutuk suspek yang berusia 18 tahun terbongkar selepas mangsa yang berusia lapan tahun memberitahu ibu mereka mengenai hal ini. 

Ketika kejadian ibu mangsa turut berada di dalam rumah tetapi tidak menyedari akan kejadian tersebut. Mangsa memberitahu bahawa abangnya secara paksa menariknya ke tandas di luar rumah. 

Kemudian suspek telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks di dalam rumah kosong terbabit. Abangnya juga turut mengugut supaya tidak memberitahu kejadian tersebut kepada ahli keluarganya jika tidak mahu dipukul. 

Siasatan turut mendapati bahawa dua lagi adik perempuan suspek yang berusia sembilan dan 14 tahun pernah mengadu hal ini kepada ibunya. Namun ibunya hanya memberikan amaran supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Tambahan pula suspek tidak mengakui perbuatan tersebut dan mendakwa bahawa adik-adiknya cuba memfitnah dirinya.