Isteriku Kaki Swafoto... Apakah Hukumnya?


BAGAIMANA keadaan suami yang membiarkan isterinya bertabaruj dan berswafoto di FaceBook ?

PERBUATAN membiarkan isteri bertabarruj dengan tidak menutup aurat dan meletakkan gambar tersebut di media sosial adalah perbuatan yang tidak baik.

Seharusnya suami bersikap bertanggungjawab dengan mendidik isteri dan keluarganya menutup aurat.

Perbuatan membiarkan isteri dan anak perempuan tidak menutup aurat adalah dilarang.

Golongan lelaki sebegitu digelar sebagai dayus, sebagaimana sabdanya: “Tiga golongan yang tidak akan masuk ke dalam syurga iaitu mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan wanita yang menyerupai lelaki.”(Riwayat Al-Hakim).

Sumber: Sinar