Jika Bukan Roket, Setujukah DAP Guna Logo Bunga Raya?


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa empat parti dalam gabungan pembangkang itu bersetuju untuk menggunakan salah satu simbol daripada parti sekutunya.


Namun demikian Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (PPBM)  dan 'bakal Perdana Menteri Pakatan' masih belum dapat memutuskan logo atau simbol parti mana yang akan digunakan.


Timbul keraguan, adakah DAP yang mengetuai Pakatan Harapan bersetuju menggunakan logo lain selain simbol roket yang sekian lama menjadi identiti parti itu. 


Roket merupakan simbol kekuatan DAP terhadap komuniti pengundi Cina, jika menggunakan logo lain, parti itu berisiko kehilangan sebahagian undi daripada kaum tersebut.


“Saya rasa DAP memang tidak bersetuju kerana DAP sudah mempunyai identitinya. Orang Cina yang menyokong parti itu, kalau diletak logo baru, saya rasa mereka tak boleh terima kerana sokongan mereka kepada DAP, " kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pada Antarapos pada September 2016..


Jadi DAP tidak akan bersetuju pakatan pembangkang menggunakan satu logo bagi melawan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).


Sementara Dr. Mahathir seperti mana yang dilaporkan Free Malaysia Today pula pernah menegaskan bahawa PPBM  tidak boleh membenarkan logo mereka diguna pakai DAP supaya BERSATU kekal sebagai parti Melayu.


Dr. Mahathir semalam menyatakan PH akan bertanding menggunakan satu logo sekiranya parti PPBM masih mempunyai masalah dalam mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).


Sementara itu parti-parti di dalam Pakatan Harapan disifatkan tiada identitinya sendiri jika menggunakan logo atau simbol DAP apabila bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, sekiranya berlaku, ia jelas menunjukkan bahawa parti-parti di bawah Pakatan Harapan diketuai DAP itu tiada hala tuju dan matlamat perjuangan.


Pakatan Harapan perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan untuk menggunakan salah satu logo atau simbol parti komponen dalam pakatan tersebut.


Dalam pada itu  Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali ketika mengulas perkara yang sama berkata pihak pembangkang tidak akan berubah meskipun bersetuju bertanding di bawah satu lambang parti.


Keputusan mahu menggunakan logo sama merupakan langkah penyelesaian jangka pendek Pakatan Harapan, kata Nor Azmi.

“Ya, nak tetapkan satu logo …antara mereka akan jadi satu masalah..sebab DAP tak akan bertolak ansur. Banyak keputusan keputusan PH menunjukkan PH tak stabil dan tak ada pendirian tetap.

“Bertandinglah parti apa pun, mereka tetap akan sama. Bergaduh antara satu sama lain yang di akhirnya rakyat yang akan jadi mangsa,” katanya dipetik sebagai berkata hari ini.


Persoalan yang akan timbul lagi, jika logo roket DAP, digunakan adakah ia dapat diterima di Kelantan dan Teranggnu serta kawasan pengundi Melayu di luar bandar? -  Kedahnews.com.