Jom Kita Kenali Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah


Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Ahmad Bashah merupakan Menteri Besar Kedah yang menggantikan tempat Datuk Seri Mukhriz Tu Mahathir. Beliau menjadi Menteri Besar Kedah berkuatkuasa pada 4 Februari 2016 bersamaan dengan hari Khamis. 

Pada kali ini kami ingin mengungkap sedikit sebanyak mengenai perjalanan hidup Datuk Seri Ahmad Bashah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenai Ahmad Bashah. 


Nama penuh beliau ialah Ahmad Bashah Bin Md Hanipah. Beliau dilahirkan di Mukim Langgar, Alor Setar Kedah pada 10 oktober 1950 dan sekrang usianya adalah 67 tahun. Jawatan beliau yang terdahulu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan dan memegang kawasan ADUN Bakar Bata N12, Kedah. 

Beliau telah memenangi beberapa pilihan raya iaitu pada tahun 1999, 2004, 2008, dan 2013. Pada PRU ke-13 beliau dikatakan telah memenangi DUN Bakar Bata dengan menewaskan Mohd Eekmal Ahmad dari parti PKR dan calon bebas. 


Datuk Seri Ahmad Bashah merupakan ahli politik UMNO atau Barisan Nasional dari Negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan Menteri Besar Kedah yang ke-12. 

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Bashah juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah menggantikan bekas Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Diraja Mahadzir Khalid dan dibantu oleh Datuk Seri Mukhriz sebagai timbalan.


Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan memegang jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi PRU13 dan juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar. 

Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau sumbangkan terhadap Negeri Kedah. Oleh itu, sebagai mengiktiraf sumbangan beliau, beberapa anugerah telah dianugerahkan kepadanya. 


Antaranya ialah anugerah Pingat Jasa Kebaktian (1985), Pingat Pangkuan Negara (1986), Bintang Kebaktian Masyarakat (1990), Ahli Mahkota Kedah (1994), Setia DiRaja Kedah (1996), dan Kesatria Mangku Negara (1997). 

Harapannya semoga Datuk Seri Ahmad Bashah akan dapat menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kedah dengan sebaik mungkin dalam usaha meningkatkan dan membangunkan ekonomi Negeri Kedah. Semoga Negeri Kedah akan sentiasa terus maju dan rakyatnya terbela.