Jumpa Mayat Dah Reput Dalam Longkang


MAYAT tanpa identiti ditemui reput di dalam longkang di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan berhampiran Terminal Sentral Kuantan (TSK), Kuantan, semalam.

Mayat itu ditemui orang awam 6 petang sebelum menghubungi Balai Polis Kuantan untuk memaklumkan kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bergegas ke lokasi penemuan untuk melakukan siasatan.

"Identiti mangsa gagal dikenal pasti kerana ditemui reput, malah kita belum dapat memastikan jantina mayat berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan meminta orang ramai mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Sumber: Metro