Jurulatih JDT Kata Kedah Tak Punya Peluang Tapi Berjaya Jaring Gol


ALOR SETAR – “Kedah tidak mempunyai sebarang peluang ketika separuh masa pertama, namun mereka berjaya menjaringkan gol pendahuluan”

Itu antara reaksi Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais berkenan perlawanan dengan Kedah malam kelmarin.

Jelasnya, pemain JDT dikatakan tidak tertekan selepas ketinggalan satu gol kerana mereka dikatakan mahu meneruskan perlawanan dengan corak permainan yang sama.

Tambahnya, faktor itu berjaya mendorong pasukan JDT untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.

“Benar kami melakukan dua atau tiga kesilapan di kawasan tengah hingga memberi peluang kepada Kedah, namun secara keseluruhan JDT menguasai sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami tidak bermain secara individu kerana kami bermain sebagai satu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

JDT berjaya menumpaskan Kedah 2-1 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam kelmarin.

Kejayaan JDT itu sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad Shah untuk kali ketiga selepas melakukannya pada 2015 dan 2016.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun terlebih dikejutkan dengan 0-1 hasil jaringan awal Pablo Palares pada minit ke-15.

Pasukan tuan rumah namun bangkit menerusi jaringan Luciano Figueroa serta Marcos Antonio untuk mencipta kemenangan.

Morais berkata, tidak adil untuk beliau menyalahkan mana-mana pemain JDT apabila gawang JDT terlebih dahulu bolos dalam perlawanan malam kelmarin.

“Apabila kami menang, kami menang bersama, dan apabila kami tewas, kami tewas bersama,” katanya. - Kedahnews.com